Tuesday, May 27, 2008

May 10, 29th Annual Asian Pacific American Heritage Festival


Ronald and Suan See, the most rajin helper on side B table



Orang-orang kuat ni.... Ms Scully, Mrs Tmimi and Mrs Taib (yang goreng bihun)

Juruwang terpaling sibuk on that day! (Syafiq and Said Tmimi)




Chef Aishah (Chah Kodok) and Chef Achi Remah - Malaysian Chef in New York.


Sibuk betoi hari tu!!!!!



29th Annual Asian Pacific American Heritage Festival pada tahun ini, buat pertama kalinya diadakan di Dag Hammarskjold Plaza di antara 1 avenue dan 2 avenue di 47th Street.

Selalunya festival ini berlangsung di Union Square dan sememangnya dikenali ramai terutamanya dikalangan mereka yang berasal dari Asia dan Pacific.

This is my 4th years taken part. The 1st in 2005 dengan menunya Cucok Kodok dan Keropok Ikan. Tahun lepas, menu Cucok Kodok dikekalkan dengan penambahan menu baru iaitu Cucok Jagung. Disebabkan Cucok Jagung tersangat mendapat sambutan, jadi menu itu dikekalkan dan satu lagi menu ditambah tahun ini, iaitu, Cucok Udang Penang Style.

Antara makanan lain yang dijual ialah, kek gula hangus, kuih lapis, karipap pusing, spera, karipap daging, bihun goreng, nasi goreng, rendang, minuman dan macam-macam lagilah.

Belum siap kemas meja, dah ada pembeli yang nak sangat suruh jual, bila sorang mai, lepas tu, ramai la pulak, sampai tak termenang tangan dibuatnya.

90 peratus makanan habis dijual sebelum pukul 2.45ptg, kalaulah rumah achi dekat dengan tempat berniaga tu, achi teringin nak balik rumah masak lagi, sebab line untuk beli makanan Malaysia memang panjang. Apa-apa pun Terima Kasih kepada Tourism Malaysia New York, yang menaja meja, untuk membolehkan part-time chef dari Malaysia yang berada di New York ni, dapat memperkenalkan pelbagai masakan Malaysia kepada masyarakat dunia yang ada di New York ni.

Punya la letih, hanya Allah saja yang tau...
Mak datuk, May 10, memang letih gila sebab berdiri daripada pukul 4 pagi sampai 10 pagi goreng cucok kodok/cucok jagung dan cucok udang. Dah la berdiri buat tu semua, kena pulak berniaga sampai petang, kalau kaki ni boleh bercakap memang dia dah cakap boleh tak rehat sat..

Syukur Alhamdulilah sebab ada Shaz dan Syafiq yang sampai awai pagi kat rumah untuk bantu cucuk lidi semua cucok yang digoreng. Ucapan terima kasih yang tak tau macam mana nak explain...

Selain tu, nasib baik si Ronald, the only younger brother of Michael datang tolong. Sebabnya Michael tak boleh tolong pasai kena kerja. Anyway Thank You sebab tolong hantar...


OUR SPECIAL THANK YOU to TUNKU NURUL/RONALD/SUAN SEE/SHAZ and SYAFIQ for helping our team.


No comments: