Monday, March 31, 2008

Rindunya!!!

Rindu betul pada kampung halaman! Teringinnya nak jenguk sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai di Malaysia......

Selain itu, teringin betul nak lepak tak kedai-kedai makan seperti dekat:-

Nasi Mak Lal di Tanjung Bungah
Nasi Norman yang sebelah SHERATON Penang
Roti Chanai bawah pokok, di Jalan Aygll
Ikan bakar Batu Maung dan Jelutong
Ikan bakar belakang Istana (Kedai kesukaan Muna Khalid)
Sup Hamid - Jalan Penang
Padang Brown
Padang Kota Lama
Gurney Drive
Ayeq Dinding - Chowrasta
Laksa Kuala Kedah
Bihun Abang Chen-Kg Bukit Tukang Jusoh
Laksa Pakcik Kurus - KKM

Nak balik...nak balik... nak balik... tapi tak boleh balik lagi!
Kena tunggu sampai September la!!! Baru boleh balik

MAAF KAN SAYA!!!!

Minta maaf banyak-banyak sebab sudah lama jugak saya tidak "update" blog ini. Selain sibuk dengan kerja, kerja sampingan dan sebagai isteri, bulan Januari dan Februari adalah bulan yang sangat sibuk bagi saya kerana perlu memastikan "requirement" USCIS dapat dipenuhi dan temuduga berjalan lancar.

Banyak sangat yang hendak kena buat, walaupun ini temuduga kali kedua.

Syukur! Alhamdulilah! semuanya berjalan lancar.

Insyallah, lepas ini dapatlah berjalan jauh ke seberang sana.....

Jumpa lagi!!